PROBUILD RENOVATION
Isyfaq TTJ Enterprise merupakan sebuah syarikat bumiputera yang berdaftar dan beroperasi secara sah di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB). Kami mempunyai kepakaran dalam bidang pengubahsuaian rumah (renovation), pemasangan pintu, kerja dapur, siling plaster, bumbung porch, table top, dan pelbagai kerja binaan ringan yang lain.
Berpengkalan di Taman Tuanku Jaafar, Negeri Sembilan, kami telah berkhidmat kepada ratusan pelanggan di sekitar Seremban, Senawang, Sungai Gadut dan kawasan berhampiran. Dengan pengalaman kerja lapangan yang kukuh serta pasukan mahir dan berdisiplin, kami sentiasa komited untuk memberikan hasil kerja yang kemas, berkualiti, dan menepati masa.
Kami memahami keperluan setiap pelanggan adalah berbeza. Oleh itu, kami menawarkan khidmat sebutharga percuma, konsultasi di lokasi, dan penyelesaian kerja yang mengutamakan kos berpatutan dan nilai terbaik untuk pelaburan pelanggan.
MISI & VISI
MISI
Misi kami adalah untuk memberikan perkhidmatan berkualiti, menepati masa, mesra pelanggan serta selamat, sambil menawarkan penyelesaian terbaik mengikut bajet dan menyokong pembangunan komuniti secara bertanggungjawab
VISI
Menjadi pilihan utama dalam bidang renovasi dan pembinaan dengan mengekalkan kualiti, kepercayaan dan kepuasan pelanggan di setiap projek.
DOKUMEN RASMI




RAKAN BINAAN YANG DIPERCAYAI
Isyfaq TTJ Enterprise komited untuk memberikan perkhidmatan renovasi dan binaan yang berkualiti tinggi, menepati masa, dan memenuhi keperluan sebenar pelanggan.
Kami percaya bahawa kepercayaan pelanggan adalah asas utama dalam setiap projek yang dijalankan. Kami sentiasa bersedia untuk bekerjasama dengan individu, keluarga mahupun syarikat yang memerlukan khidmat pengubahsuaian atau pembinaan. Setiap pertanyaan akan dilayan dengan telus dan mesra, dan kami akan berikan cadangan terbaik berdasarkan bajet serta kehendak pelanggan.
Sekiranya anda sedang merancang untuk menaik taraf rumah, membina ruang tambahan atau mencari pasukan kerja yang boleh dipercayai, kami amat berbesar hati untuk menjadi sebahagian daripada projek anda.